LATIHAN KEBAKARAN

Latihan kebakaran SKHI diadakan pada pagi ini.Latihan ini sepatutnya diadakan pada minggu lepas tetapi atas beberapa sebab ia terpaksa ditunda ke tarikh hari ini.Skuad bomba dari Jalan Raja telah diamanatkan untuk memberi taklimat serta tatacara penggunaan alat pemadam api kepada warga SKHI.Beberapa orang murid dan guru telah diberi peluang untuk mencuba sendiri pengalaman menggunakan alat pemadam api untuk memadamkan kebakaran mini di Dataran Seri Pagi.Pegawai bomba diiringi ke kafeteria untuk jamuan tengah hari sebelum pihak SKHI diwakili YDP PIBG serta PK HEM menyerahkan cenderahati tanda terima kasih kepada pihak bomba.

 

Author: SKHI Webmaster

Editor Laman Web SK Haji Ismail.Bertugas Sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di SK Haji Ismail sejak 2013.Pencinta Teknologi & Permotoran.

Leave a Reply

Your email address will not be published.