DAERAH LANGKAWI
PENGENALAN
Langkawi merupakan salah satu daripada 12 daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam Mahsuri ini telah menempatkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia dan Dunia.
Nama Langkawi ialah kombinasi antara “Lang” dan “Kawi”. “Lang” diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Ini dapat dibuktikan dengan keberadaan burung-burung helang yang terbang bertebaran di kebanyakan tempat di Langkawi antaranya kawasan Kilim Geopark, Pulau Singa Besar dan seluruh kepulauan Langkawi. Langkawi juga menjadi habitat kepada sejumlah burung helang merah kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang tersebut mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. [1]
Kawi juga beerti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa. Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi atau batu kapur. Lambakan Batu Kawi terdapat di Langkawi. Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri diatas Batu Kawi.
“Kawi” dalam bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan “Helangkawi” yang kemudian menjadi Langkawi.
Dipercayai bahawa Langkawi mendapat namanya daripada perkataan Langkasuka. Sumber-sumber sejarah tidak banyak tetapi mengikut satu rekod sejarah Dinasti Liang China (500 M) merujuk kerajaan itu sebagai “Langgasu” yang diasaskan pada kurun pertama Masihi. Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit—”Langka” (keindahan) dan “Wi” (tidak terkira).
Langkawi, sebuah kumpulan 99 pulau yang dipisahkan dari tanah besar Malaysia oleh Selat Melaka, adalah sebuah daerah negeri Kedah di Malaysia Utara dan terletak kira-kira 51 km barat Kedah. Jumlah jajahan di pulau-pulau ini adalah 47.848 hektar. Pulau utama terletak kira-kira 25 km dari utara ke selatan dan sedikit lagi untuk timur dan barat. Kawasan pesisiran pantai terdiri daripada dataran aluvial yang rata dengan batu kapur. Dua pertiga pulau itu didominasi oleh pergunungan, bukit dan tumbuh-tumbuhan semula jadi.
TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI DI DAERAH LANGKAWI
MEMUAT GAMBAR,SILA TUNGGU SEBENTAR..
TAMAN LAGENDA
KOMPLEKS HIG ( HAJI ISMAIL GROUP MALL )
ISLAND HOPING PULAU BERAS BASAH,PULAU DAYANG BUNTING DAN PULAU SINGA BESAR
MAKAM MAHSURI
GUNUNG RAYA
DATARAN LANG
RIMBA REKREASI DURIAN PERANGIN
PANTAI CENANG
LANGKAWI CORAL MARINE PARK
UNDERWATER WORLD LANGKAWI
LANGKAWI MANGROVE TOUR
LANGKAWI SKYCAB / CABLE CAR
AIR TERJUN TELAGA TUJUH
-
TAMAN LAGENDA
Hasil cetusan idea Tun Dr Mahathir maka lahirlah sebuah Taman Lagenda yang menceritakan kisah-kisah lagenda di Pulau Langkawi.Tapak taman ini adalah asalnya pantai dan lautan kemudian ditambak seluas 50 ekar dan siap sepenuhnya pada tahun 1996.Taman ini dibina untuk menghidupkan semula kisah-kisah dongeng dan mitos yang terjadi di Pulau Langkawi ini. -
KOMPLEKS HIG ( HAJI ISMAIL GROUP MALL )
Kompleks HIG merupakan salah satu ikon baru untuk pulau lagenda ini.Umum mengetahui,nama Haji Ismail Group cukup terkenal dengan kedai menjual pelbagai barangan yang bebas cukai dan pilihan yang sangat banyak.Kini,HIG meneruskan legasinya dengan membina sebuah Kompleks HIG yang menempat segala jenis barangan untuk dibawa pulang ke tanah besar. WAKTU OPERASI : 10 Pagi - 10 Malam TIKET : Percuma -
ISLAND HOPING PULAU BERAS BASAH,PULAU DAYANG BUNTING DAN PULAU SINGA BESAR
Jika anda datang ke langkawi, sudah pasti akan terlihat dimana-mana pakej island hoping.Pakej ini adalah pakej lengkap untuk trip melihat helang mencari makanan di laut,memberi makan helang,singgah bermandi-manda dan santai di pulau beras basah dan mandi-manda di tasik dayang bunting di pulau dayang bunting.Pulau beras basah adalah antara pulau tercantik di Langkawi.Tiada pembangunan dan penempatan disini demi menjaga ekosistem semulajadinya.Airnya yang biru dan jernih sangat sesuai untuk aktiviti snorkling dan pantainya juga memutih dan bersih.Pulau Dayang Bunting pula mendapat namanya dari bentuk pulau yang seakan menggambarkan seorang wanita yang sedang bunting tidur dalam keadaan terlentang.Dipulau ini,terdapat sebuah tasik yang dalamnya mencecah 12 Meter dan hanya dipisahkan oleh gugusan batu kapur selebar 300 meter dari laut.Di Pulau Singa Besar pula merupakan kawasan dimana helang-helang mencari makanan.Ia berterbangan diudara dan menjunam ke laut untuk membaham ikan-ikan yang muncul di paras air.Anda akan menyaksikan fenomena yang jarang-jarang berlaku didepan mata ini disini. WAKTU OPERASI : 8.30 Pagi TIKET : RM35 - RM55 mengikut musim -
MAKAM MAHSURI
Makam Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Mayah dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah. Ia terletak sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka. Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat.Makam Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut.Mahsuri merupakan seorang wanita yang menjadi lagenda di sini.Kisahnya yang menyayat hati kerana difitnah kemudian dihukum bunuh.Sumpahan mahsuri selama 7 keturunan juga dikatakan benar oleh penduduk tempatan. WAKTU OPERASI : 9 Pagi - 6 Petang TIKET : RM12 Dewasa | RM6 Kanak-Kanak -
GUNUNG RAYA
Destinasi yang patut anda singgah jika anda ke sini.Gunung Raya merupakan gunung yang tertinggi di Langkawi dengan ketinggian 881 meter.Jika anda seorang yang suka mendaki,anda boleh menggunakan laluan khas untuk pejalan kaki "Tangga Helang Seribu Kenangan" yang mempunya 4,287 anak tangga.Sepanjang laluan ini jika bernasib baik anda akan dapat melihat spesis flora dan fauna yang jarang ditemui.Menara tinjau gunung raya boleh juga diakses melalui jalanraya.Terdapat sebuah hotel disini dan dua restoran. WAKTU OPERASI : Setiap Hari TIKET : RM10 Untuk Menara Tinjau -
DATARAN LANG
Dataran Lang merupakan mercu tanda bagi pulau langkawi.Ia siap sepenuhnya pada tahun 1996 dan mengalami beberapa penambahbaikan sepanjang tempoh tersebut hingga sekarang.Helang merupakan ikonik kepada nama Langkawi dan tempat dimana helang ini berdiri ialah replika batu kawi yang digabungkan menjadi Langkawi.Tempat ini menjadi destinasi wajib bagi pelancong untuk singgah sebagai tanda anda sudah sampai ke langkawi. WAKTU OPERASI : Setiap Hari TIKET : Percuma -
RIMBA REKREASI DURIAN PERANGIN
Air Terjun Durian Perangin mendapat namanya dari banyaknya pokok-pokok durian di kawasan hutan sekitarnya.Apa yang menarik disini, air terjunnya adalah setinggi 14 tingkat bangunan dan mempunyai beberapa air terjun yang tinggi di sepanjang laluan. WAKTU OPERASI : Setiap Hari TIKET : Percuma -
PANTAI CENANG
Pantai Cenang merupakan antara pantai yang tercantik di Malaysia dan menjadi pantai yang wajib singgah bagi pelancong di Pulau Langkawi.Terdapat pelbagai aktiviti boleh dijalankan di sini kerana kawasan ini 'hidup' 24 jam sehari.Antaranya, aktiviti bermandi manda,banana boat,jet ski,parasailing,wakeboat dan banyak lagi.Sebelah malamnya pula pelbagai juadah menanti di sepanjang jalan termasuk kedai menjual barangan cenderahati,pakaian dan alatan untuk aktiviti sukan air.Terdapat puluhan hotel dan challet di sepanjang pantai ini dan anda hanya perlu memilih yang sesuai dengan anda. WAKTU OPERASI : Setiap Hari TIKET : Bergantung pada pakej sukan dan penginapan -
LANGKAWI CORAL MARINE PARK
Langkawi Coral Marine Park yang terletak di Pulau Payar merupakan destinasi wajib singgah bagi pelancong jika datang ke Langkawi baik dalam mahupun luar negara.Semua hidupan laut disini dijaga dengan rapi bagi mengekalkan ekosistem semulajadinya.Terumbu karang,hidupan marin karang dan pelbagai lagi spesis berwarna warni pasti membuatkan anda melupakan seketika bebanan tugas harian anda. WAKTU OPERASI : Setiap Hari TIKET : Bermula RM120 dan keatas mengikut pakej. -
UNDERWATER WORLD LANGKAWI
Akuarium terbesar di Malaysia ini boleh memuatkan lebih 500 spesis haiwan laut termasuk penguin, jerung, araoaina gigas dan beberapa haiwan ekzotik lain.Ia meliputi 4000 haiwan laut dan pelbagai jenis batu karang.Terdapat terowong dalam air sepanjang 15 meter, teater 3D dan galeri hidupan liar bagi tujuan penyelidikan dan pendidikan. WAKTU OPERASI : Setiap Hari | 9.30 Pagi - 6.30 Petang BAYARAN : RM36 Dewasa, RM26 Kanak-kanak -
LANGKAWI MANGROVE TOUR
Telusuri sungai dengan bot sambil menyaksikan keindahan flora dan fauna di kawasan berkeluasan 100km persegi dan diwartakan sebagai GeoForest Park.Anda juga akan dibawa ke lokasi-lokasi lain seperti Gua Kelawar,ladang ikan,Gua Buaya,memberi makan burung helang dan berbagai lagi aktiviti mengikut pakej yang diambil di jetinya. WAKTU OPERASI : Setiap Hari | 9 Pagi - 5 Petang BAYARAN : Bermula RM150 Sebuah Bot -
LANGKAWI SKYCAB / CABLE CAR
Dari ketinggian 708m dari aras laut,anda dapat menikmati panorama indah semulajadi hutan,gunung-ganang dan pulau-pulau disekitarnya dari puncak Gunung Mat Cincang.Lebih tepat lagi,panorama Langkawi Geopark yang diiktaraf dunia.Tahap kecuraman kabel juga merupakan antara yang tercuram didunia.Sepanjang anda menyusuri hutan rimba kaki gunung mat chincang ini,anda boleh menikmati pemandangan air terjun telaga tujuh yang penuh dengan kisah-kisah mitos dan lagenda.Terdapat pelbagai aktiviti boleh dilakukan disini seperti Skyrex, Skydome, SkyBridge, Sky Trail dan SkyGlide. WAKTU OPERASI : Setiap Hari 9.30 Pagi - 7 Malam TIKET : RM30-RM55 -
AIR TERJUN TELAGA TUJUH
Air Terjun Telaga Tujuh ini terletak berhampiran dengan Cable Car Langkawi.Anda akan dapat melihat kereta kabel jika anda ke sini dan juga dapat menikmati pemandangan indah air terjun telaga tujuh dari kereta kabel.Anda perlu mendaki 900 anak tangga untuk sampai ke destinasi tumpuan pelancong ini.Ia digelar telaga tujuh kerana terdapat 7 mata air yang mengalir ke 7 telaga dari telaga ke-7 ( tertinggi ) hingga telaga 1 di kaki gunung.Juga telaga tujuh terkenal dengan mitos menjadi telaga untuk puteri-puteri kayangan / bunian bermandi manda.Terdapat Skyview yang baru siap dibina bagi mereka yang mahukan pemandangan indah dari puncak telaga ini. WAKTU OPERASI : Setiap Hari TIKET : Percuma