KUBANG PASU

655 total views, 2 views today

KUBANG PASU

PENGENALAN

Lahirnya Kubang Pasu adalah kerana Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II, Sultan Kedah (1804-1843) telah menghadiahkan daerah ini kepada Tunku Anum Tunku Abdul Rahman kerana membalas jasanya mengalahkan dan membebaskan Kedah daripada cengkaman pihak Siam dan meletakkan kembali Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II di atas takhtanya. Tunku Anum menamakan negeri yang baru itu sebagai ” Kubang Pasu Darul Qiyyam ” atau ” Negeri Yang Teguh Berdiri “.

Daerah Kubang Pasu terletak paling utara di negeri Kedah Darul Aman. Ianya bersempadan dengan negara Thailand di sebelah utara, daerah Padang Terap di sebelah timur, daerah Kota Setar di selatan, negeri Perlis Indera Kayangan dan Selat Melaka di sebelah barat.

Daerah Kubang Pasu juga dikenali dengan jolokan Daerah Pendidikan kerana tumbuhnya institusi pendidikan & latihan kemahiran dengan banyaknya di daerah ini.Antaranya :

  • Universiti Utara Malaysia
  • Institut Aminudin Baki
  • Kolej Matrikulasi Kedah
  • Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
  • Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
  • Kolej Komuniti Bandar Darulaman
  • Institut Latihan Perindustrian Jitra
  • Institut Kemahiran Belia Negara Jitra
  • Pusat Giat Mara Jitra
  • Pusat Giat Mara Jerlun
  • Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu
  • Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu
  • Maktab Rendah Sains MARA Kubang Pasu

 

Daerah Kubang Pasu mempunyai keluasan 94,596 hektar (945.971 km persegi). Sebahagian besar tanah daerah Kubang Pasu mempunyai tanah rata dengan sedikit berbukit di sebelah timur. Sebanyak 35% (33,773 hektar) tanah di daerah Kubang Pasu berada dalam kawasan MADA, manakala 65% (60,824 hektar) berada di luar kawasan MADA. Terdapat 21 mukim dalam daerah Kubang Pasu.

 

 

TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI DI DAERAH KUBANG PASU

MEMUAT GAMBAR,SILA TUNGGU SEBENTAR..