KEM JATI DIRI DI KEM TENTERA TOK JALAI,KEPALA BATAS.

288 total views, 2 views today

Kem Jati Diri ini diadakan khusus buat semua pelajar tahun 6 SKHI.Kem ini bertujuan memupuk semangat jati dalam diri, menguji ketahanan fizikal dan ketahanan mental.Bersesuaian dengan lokasi di kem tentera, para pelajar perlu menjalani latihan ala tentera juga.Kem ini berlangsung selama 3 hari bermula pada hari Khamis 19 Februari hingga Sabtu 22 Februari.Pelbagai aktiviti telah diaturkan untuk para pelajar SKHI antaranya taklimat keselamatan, latihan asas kawad kaki, kuliah maghrib, aktiviti berkumpulan, abseiling, river crossing, aktiviti berjalan malam, malam keinsafan, demo masakan ala tentera dan aktiviti kerohanian.Pihak SKHI mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga Kem Tentera Tok Jalai atas kerjasama yang jitu dalam mengendalikan kem ini.Kepada semua guru,staf dan PIBG yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kem ini, pihak SKHI mengucapkan terima kasih atas sokongan anda.

 

Ikuti dan Like Kami :

Author: SKHI Webmaster

Editor Laman Web SK Haji Ismail.Bertugas Sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di SK Haji Ismail sejak 2013.Pencinta Teknologi & Permotoran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *