KEJOHANAN BALAPAN & PADANG SKHI 2018

Kejohanan Olahraga SKHI 2018 berlangsung meriah.Kejohanan ini buat pertama kalinya menggunakan Padang Awam Taman Sri Putera,Kuala Kedah sebagai venue berbanding menggunakan padang SMK Seri Pantai seperti tahun sebelumnya.Untuk makluman,SKHI tidak mempunyai padang khusus untuk aktiviti kokurikulum dan terpaksa menggunakan ruang yang terhad untuk aktiviti latihan dan sebagainya.Semua warga SKHI termasuk warga PIBG turun padang bagi memastikan kejohanan ini berjalan dengan lancar dan meriah.Kejohanan ini dirasmikan oleh Datuk Abdul Muthalib Bin Harun DPSM.,SDK.,AMK.,BKM.,PJK.,JP., Pengerusi Penyelaras DUN (Angkat) Kubang Rotan,Ahli Majlis Bandaraya Alor Setar.Johan keseluruhan untuk edisi kali ini dimenangi oleh rumah MERAH.Tahniah.

Author: SKHI Webmaster

Editor Laman Web SK Haji Ismail.Bertugas Sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di SK Haji Ismail sejak 2013.Pencinta Teknologi & Permotoran.

Leave a Reply

Your email address will not be published.