
Kejohanan Merentas Desa SKHI 2020 telah diadakan pada pagi ini.Murid yang terlibat dalam acara ini adalah tahun 3 hingga tahun 6.Trek laluan adalah lebih kurang 4-5 Kilometer mengelilingi sekolah iaitu laluan kampung nelayan, Taman Sri Putra, Taman Harapan dan laluan berhadapan Pasar Kuala Kedah dan Balai Polis Kuala Kedah.Aktiviti ini mendapat kerjasama pihak PDRM bagi memantau perjalanan murid-murid.Sesi penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Penolong-Penolong Kanan dan NYDP PIBG SKHI di Dewan Cempaka Sari.