
Kejohanan Merentas Desa 2018 kali ini masih menggunakan laluan yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya.Tahun ini lebih meriah dengan kehadiran murid-murid Tahun 3 yang menyertai kejohanan ini buat pertama kali.Kejohanan ini mendapat kerjasama dari pihak Polis DiRaja Malaysia Cawangan Balai Kuala Kedah dalam memastikan laluan trafik berada dalam keadaan selamat dan terkawal.Terdapat 4 checkpoint yang perlu dilalui oleh peserta iaitu Checkpoint Kampung Pajak,Checkpoint Hadapan Sekolah SMK Seri Pantai,Checkpoint Taman Harapan dan terakhir sekali Checkpoint Hadapan Balai Polis Kuala Kedah yang dikawal oleh guru-guru dan staf SKHI.Penamat kejohanan ini adalah di hadapan Dewan Cempaka Sari.Tahniah warga SKHI atas penganjuran kejohanan ini.