JOM SINGGAH!

774 total views, 1 views today

JOM SINGGAH TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN!

 

BERIKUT MERUPAKAN TEMPAT-TEMPAT MENARIK / PELANCONGAN DI NEGERI KEDAH MENGIKUT DAERAH MASING-MASING.KLIK DAERAH YANG ANDA MAHU :

LANGKAWI
KUBANG PASU
KOTA SETAR
POKOK SENA
PADANG TERAP
PENDANG
YAN
KUALA MUDA
SIK
BALING
KULIM
BANDAR BAHARU

 

 

Sebelum itu,jom kenal dulu daerah-daerah yang terdapat dalam negeri Kedah ini.Negeri Kedah terbahagi kepada 12 daerah dan 3 daripadanya mempunyai kawasan yang mencapai status bandaraya iaitu Daerah Langkawi ( Bandaraya Pelancongan ), Kota Setar ( letaknya ibu negeri Kedah iaitu Bandaraya Alor Setar ) dan Daerah Kuala Muda ( letaknya Bandaraya Sungai Petani ).Daerah paling utara ialah Daerah Kubang Pasu yang bersempadanan dengan Negara Thailand dan juga antara daerah yang maju.Daerah Kubang Pasu digelar Bandar Pendidikan kerana terdapat banyak institusi pengajian menapak disana antaranya Universiti Utara Malaysia,Institut Aminuddin Baki,Politeknik,Kolej Komuniti,Institut Kemahiran Belia Negara dan banyak lagi.Daerah paling selatan pula ialah Daerah Bandar Baharu yang menempatkan inap desa ( homestay ) oleh kerajaan negeri kerana daerah ini mempunyai kedudukan geografi berbukit bukau dan amat sesuai untuk aktiviti riadah dan santai.Kedah juga mempunyai daerah yang terpisah dari tanah semenanjung iaitu Pulau Langkawi.Sebuah daerah yang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia.