JAMUAN HARI RAYA WARGA SKHI 2019 DISAMBUT MERIAH

Jamuan hari raya SKHI untuk tahun 2019 ini disambut meriah oleh semua warga SKHI.Dari pengawal,pekerja pembersihan,Staf,Guru,PIBG dan waris semuanya memberi sokongan dan kerjasama yang baik dalam menjayakan program ini.Pada sebelah pagi,acara sambutan diutamakan pada meraikan murid-murid SKHI.Masing-masing mengenakan pakaian raya dan membawa kuih raya untuk dinikmati bersama rakan-rakan.Acara persembahan murid juga turut diadakan dan diselangi dengan persembahan guru dan staf.Pada sebelah malamnya,majlis bagi meraikan guru & staf diadakan dan dihadiri oleh tetamu jemputan khas serta semua AJK PIBG.

 

Author: SKHI Webmaster

Editor Laman Web SK Haji Ismail.Bertugas Sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di SK Haji Ismail sejak 2013.Pencinta Teknologi & Permotoran.

Leave a Reply

Your email address will not be published.