
Hari Anugerah Cemerlang SKHI untuk 2015 jatuh pada 11 Oktober 2015 bersamaan dengan hari Ahad.Majlis disambut dengan penuh gilang-gemilang dengan kehadiran tetamu VVIP iaitu YB Dato’ Hj. Abdullah Hasnan Bin Kamaruddin,Pengerusi Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen Kuala Kedah.Warga lelaki SKHI tampil segak dengan Baju Melayu dan wanita pula cantik berbaju kurung mengikut tema.Majlis diserikan lagi dengan persembahan tarian dan nyanyian dari anak-anak didik SKHI ketika Majlis Bersantap di Kafeteria.Tahniah diucapkan kepada semua warga SKHI yang terlibat!