Pada 27 Ogos 2014 telah berlangsung ceramah Semarak Hari Kemerdekaan di Dewan SK Haji Ismail.Ceramah disampaikan oleh Kaunselor En. Yusof.Pelajar yang terlibat terdiri daripada pelajar tahun 3 hingga tahun 6.Sesi ceramah berjalan dengan lancar dimana para pelajar telah di terangkan mengenai erti kemerdekaan sebenar,perjuangan pemimpin dan pahlawan sebelum dan selepas kemerdekaan, penjajahan pihak luar ke atas Malaysia, makna di sebalik rekaan dan warna Jalur Gemilang serta nyanyian lagu-lagu patriotik negara.Para pelajar dilihat berjaya menghayati erti kemerdekaan dimana mereka dilihat begitu bersemangat selepas sesi ceramah selesai.Terima kasih buat En Yusof atas kesudian menyampaikan ceramah dengan sangat berkesan.Semoga kita dapat bekerjasama lagi di masa akan datang.

