BANDAR BAHARU

 759 total views,  2 views today

DAERAH BANDAR BAHARU

PENGENALAN

 

Bandar Baharu merupakan daerah yang terletak di Kedah, Malaysia. Tapi, pekannya terletak di sempadan antara Pulau Pinang dengan Perak. Sungai Kerian di sini adalah menjadi garis sempadan negeri Perak dan Kedah melalui susur keluar Bandar Baharu di lebuhraya.Daerah ini telah dijadikan kawasan inap desa (homestay) oleh Kerajaan Negeri Kedah agar daerah ini menjadi kawasan tarikan pelancong. Inap desa ini telah dibangunkan di Kampung Relau, Mukim Relau dengan nama Homestay Sri Impian Relau.

awal pihak kerajaan untuk memindahkan pusat pentadbiran kerajaan yang berada di pekan Bandar Baharu ke Serdang telah ditentang oleh penduduk kampung Sungai kecil hilir dan Relau. Namun Selepas pembinaan jalan tar yang melalui kampung Air Putih hingga Relau dan Sungai kecil hilir, mereka mula menyokong cadangan tersebut. Bermula tahun 1997, pusat pentadbiran kerajaan mula pindah ke Serdang dan bukan lagi di Pekan Bandar Baharu. Serdang dipilih sebagai pusat pentadbiran yang baru kerana ia terletak di tengah-tengah daerah Bandar Baharu. Ini memudahkan orang ramai untuk berurusan. Bagi melicinkan pentadbiran dan pengurusan hal-hal yang berkaitan dengan kerajaan sama ada kerajaan persekutuan, kerajaan negeri ataupun kerajaan tempatan, bererapa buah pejabat dan bangunan pentadbiran dan pengurusan kerajaan diwujudkan oleh pihak yang bertanggungjawab di Serdang.

Sejak perubahan tempat pemerintahan ke Serdang, Serdang semakin pesat berkembang dan menjadi pusat penempatan utama daerah. Semua pejabat kerajaan beroperasi di Serdang. Antaranya Pejabat Daerah dan Tanah, Majlis Daerah Bandar Baharu, Mahkamah Syariah, Pejabat Agama, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Balai Polis, Pejabat Pos, Hong Leong Bank dan lain-lain lagi. Selain daripada itu, pelbagai rancangan telah dilakukan bagi memastikan kemajuan Daerah Bandar Baharu. Contoh terbaru yang boleh dilihat adalah dengan terbinanya Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Baharu, Balai Bomba, Dewan Serbaguna dan Sekolah Menengah Serdang Baru. Projek yang masih belum dilaksanakan adalah pembinaan Masjid Daerah dan Hospital Daerah.

 

TEMPAT-TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI DI DAERAH BANDAR BAHARU