
Hari ini SKHI menganjurkan aktiviti mengacau bubur asyura untuk diedarkan kepada seluruh warga SKHI serta masyarakat setempat.Sebanyak 1 kawah & 5 periuk besar disediakan dan alhamdulillah jumlah yang dihasilkan melebihi sasaran.Aktiviti ini mendapat sokongan warga komuniti setempat serta pelibatan waris serta PIBG SKHI.Terima kasih kepada beberapa penyumbang individu,PIBG dan warga sekolah yang menyumbang seikhlas hati bagi menjayakan majlis yang mulia ini.